Lumut – Bertempat di Pangkor Village Beach Resort, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah mengadakan kursus pemantapan organisasi yang melibatkan para pegawai dan kakitangan MKN Selangor. Antara pengisian sepanjang kursus yang diadakan ini adalah melibatkan pembentangan sasaran kerja bagi tahun 2023 dan juga menilai pencapaian aktiviti bagi tahun 2022. Antara objektif kursus ini diadakan adalah bagi memperkukuh dan mentransformasikan pengurusan MKN Selangor dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik didalam aspek pengurusan keselamatan di negeri Selangor. Selain daripada itu, penganjuran kursus ini bertujuan bagi memperkasakan semangat patriotisme dan nilai jati diri yang tinggi dalam kalangan warga kerja MKN Negeri Selangor.