PROGRAM BUAL BICARA: MENDEPANI DAN MENANGANI CABARAN ISU FAHAMAN SALAH

Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan (MKN) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Program Bual Bicara Mendepani dan Menangani Cabaran Isu Faham Salah pada 10 Mac 2023 lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jempol Yang Berhormat Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Jempol dan Felda Wilayah Raja Alias ini telah dihadiri seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin tempatan, dan penduduk setempat.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran fahaman salah serta meragukan yang mutakhir ini semakin menular di negara ini dan berpotensi menggugat ketenteraman awam. Antara pengisian lain pada program itu adalah Taklimat Komersial – Peningkatan Jenayah Scammer, Bahaya kepada Masyarakat serta Taklimat Fungsi dan Peranan MKN dalam Pengurusan Keselamatan Komuniti.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya membuatkan mereka lebih  peka dan berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang wujud dalam komuniti dan memaklumkan kepada  pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang makluman.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut