TIADA ISU RTB TERBENGKALAI DI MELAKA

PENGKALAN BATU – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, semua perkara membabitkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini sudah diluluskan dan pihaknya tidak menerima maklumat mengenai RTB yang terbengkalai. Pembinaan projek terbabit sedang berjalan untuk menangani isu banjir. Bagi RTB Bandar Jasin, RTB Bandar Merlimau, RTB Alor Gajah Fasa I dan RTB Sungai Duyong semuanya sedang berjalan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bertemu rakyat pada Program Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Peringkat DUN Pengkalan Batu yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Zaidi Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Kalsom Noordin, di Kompleks Japerun Pengakalan Batu, Bachang.

Ketua Menteri berkata, namun beberapa perkara perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri Melaka dengan Kerajaan Negeri Johor berhubung masalah limpahan air Sungai Kesang yang membabitkan dua buah negeri apabila cuaca hujan.

โ€œKita ada perkara harus diselesaikan antara Melaka dan Negeri Johor, malah melalui pejabat SUK juga sudah berhubung dengan Exco Johor berkaitan bagaimana pekara ini boleh diselesaikan dan akhirnya RTB di kawasan kini dapat dijalankan. Cuma masalah air sungai yang mengalir ini melibatkan dua buah negeri, kita perlu selesaikan dengan negeri jiran dan kalau ia dapat diselesaikan maka RTB yang kita sedang laksanakan akan berjalan lebih lancar lagi,โ€ katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Program Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Peringkat DUN Pengkalan Batu melibatkan jelajah ketiga selepas Lendu dan Serkam dan ia adalah platform terbaik untuk beliau berkomunikasi secara bersemuka dengan rakyat.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut