SUKARELAWAN SV KE SEGAMAT BAGI MISI PASCA BANJIR

ISKANDAR PUTERI — Sukarelawan terlibat dalam Misi Southern Volunteers (SV) Konvoi Pasca Banjir Negeri Johor ke daerah Segamat bermula hari ini, hingga 12 Mac depan.

Hadir menyempurnakan pelepasan konvoi misi diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.

Onn Hafiz berkata, misi tersebut menyaksikan penyertaan sukarelawan seluruh negeri ini, dan rakyat Malaysia amnya yang prihatin seterusnya tampil untuk membantu kawasan terjejas akibat banjir.

Beliau berharap dengan bantuan yang digembelingkan dapat meringankan beban mangsa banjir terutama bagi kerja pembersihan pasca bencana.

“Hampir 230 orang bergerak termasuklah agensi-agensi daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), SV semestinya, (serta) persatuan-persatuan belia. Semua bekerjasama dengan Pegawai-Pegawai Daerah di kawasan masing-masing supaya penyelarasan itu dibuat dengan baik dan cermat.

“Saya juga mengambil kesempatan ini nak menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan telah menggerakkan anak-anak muda supaya sama-sama dalam inisiatif yang cukup murni,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan SV Konvoi Pasca Banjir Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai situasi banjir ‘termenung’ di Batu Pahat, Onn Hafiz berkata, Setiausaha Kerajaan Johor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah membuat penyelarasan bagi memastikan aliran keluar air banjir ‘termenung’ dapat dipercepatkan melibatkan kerja pengepaman.

Berhubung pemberian moratorium kepada mangsa banjir, Menteri Besar Johor turut memberitahu Kerajaan Persekutuan memaklumkan hampir 26 institusi perbankan telah bersetuju untuk memberi moratorium kepada mangsa banjir.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah menjawab soalan tentang moratorium dalam sidang Dewan semalam,” katanya.

Pada majlis tersebut, turut berlangsungnya penyerahan sumbangan kepada Tabung Bencana Negeri Johor dan Tabung SV.

Antara penyumbang adalah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Johor, PIJ Holdings Sdn. Bhd., Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) serta Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT).

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

#MKNJohor

#GobokMKNJ

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut