MELAKA NEGERI KEDUA TERBAIK BEBAS RASUAH

AYER KEROH – Melaka merekodkan sebagai negeri kedua terbaik bebas rasuah di negara ini menerusi Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam (PSCR) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Sharil Che Saad berkata, pihaknya tidak menolak perkara itu disebabkan daripada respons baik menerusi program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dijalankan saban tahun membabitkan penjawat awam Negeri dan Persekutuan di Melaka.

“Menerusi IBR dilaksanakan, ini kita melihat banyak pengurusan siasatan jenayah kepada kakitangan dan pegawai di negeri ini semakin berkurang namun hanya sebahagian kelompok kecil yang terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah di negeri ini .

“Kesemua ini adalah kebersamaan yang diberikan antara agensi kerajaan dan SPRM bagi memastikan tugasan yang mereka laksanakan dilakukan dengan penuh integriti dan amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Ikrar Bebas Rasuah 2023 diadakan di Wisma Negeri, di sini hari ini

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ismail Hasim.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyeru kepada kesemua kakitangan awam di negeri ini untuk tidak terlepas melaksanakan program IBR agar mampu memberi suntikan terhadap kesalahan jenayah rasuah yang berlaku.

Beliau berkata, setakat awal tahun lalu lebih 20 agensi kerajaan telah terlibat dalam program dilaksanakan itu bagi menyambut baik hasrat dan sinergi antara SPRM dan agensi kerajaan.

“Sebagai penjawat awam kita perlu bersyukur dengan apa yang telah diberi, jawatan itu adalah amanah yang diberikan dan perlu laksanakan dengan jujur, semua pihak perlu bersama memberi sokongan dalam perkara ini terutama kepada SPRM kerana jenayah rasuah ini tidak akan pernah bernoktah.

“Jadi sumbangan IBR ini mampu menjadi perkara terbaik kepada masyarakat untuk terhindar dari kancah jenayah ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut