Syukur Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turun hadir meninjau situasi semasa banjir di Johor, khususnya di Segamat.
Kerajaan Negeri ingin menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana:-
1. Meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta untuk sebarang keperluan banjir di Johor. Ini merupakan tambahan kepada peruntukan segera RM10 juta yang diumumkan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
2. Mengulangi pendirian beliau untuk mempercepatkan tender Rancangan Tebatan Banjir di Johor.
3. Mempertimbangkan permohonan-permohonan peruntukan untuk kerosakan jalan, kemusnahan tanaman, ternakan dan sebagainya.
4. Memutuskan penambahan segera aset-aset dan pegawai-pegawai di bawah kerajaan Persekutuan untuk hadir membantu.
5. Komitmen untuk membantu kerja-kerja pasca banjir. Pelbagai kementerian dan Negeri-Negeri akan turut membantu.
6. Menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gemereh dan PPS SJK(C) Kg Tengah, selain menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.
Sehingga hari ini, mangsa banjir sudah mencecah 46,000 ribu, dan YAB Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Johor supaya mendengar arahan pihak berkuasa dan terus saling bantu membantu.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor







