TANAH MERAH, 3 Mac – Satu kejadian kebaran rumah kedai telah berlaku di Tanah Merah yang telah menyebabkan 3 unit deretan rumah kedai terbakar sebanyak 80%.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian telah diarahkan oleh Komander Operasi untuk membuat kerja – kerja pemadaman premis yang terlibat agar tidak merebak ke kawasan berhampiran. Operasi pemadaman kebakaran selesai pada jam 01.40 am. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Info: PUSAT GERAKAN OPERASI JBPM NEGERI KELANTAN
Sumber : Facebook JBPM Negeri Kelantan

