NEGERI SEMBILAN – Aplikasi MyJPJ ialah merupakan inisiatif pendigitalan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar dapat memberi kemudahan kepada orang awam untuk terus berhubung dengan JPJ di era digitalisasi.
Melalui aplikasi ini, orang awam boleh membuat semakan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ada di JPJ Seluruh Malaysia. Bagi mempergiatkan lagi promosi aplikasi MyJPJ ini, kaunter pendaftaran eID awam telah dibuka kepada orang ramai.
Orang awam perlu mendaftar eID awam di portal JPJ sebelum memuat turun aplikasi MYJPJ ini.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.
Sumber: JPJ Negeri Sembilan