PROGRAM INAP DESA HERBA

Nilai Teras Keselamatan Negara No. 4 : Tadbir Urus yang Baik
Nilai Teras Keselamatan Negara No. 5 : Keutuhan Ekonomi
Tahniah diucapkan atas inisiatif Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (FAST-UTHM) dengan kerjasama Pejabat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Yayasan UTHM dan Koperasi Homestay Kampung Parit Bugis Muar Berhad dalam menganjurkan Program Inap Desa Herba.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti luar bandar khususnya pengusaha inap desa di sekitar daerah Muar berkaitan produk hiliran yang mampu membantu merancakkan sektor pelancongan di kawasan berkenaan. Selain itu, ia secara tidak langsung turut memberi ruang dan peluang kepada pelajar UTHM untuk meningkatkan kemahiran komunikasi melalui perkongsian ilmu teori dan aplikasi bersama masyarakat.
Inisiatif ini juga jika dikembangkan dengan lebih baik akan mampu memperkukuhkan asas ekonomi negara untuk berhadapan persaingan ekonomi global. Pemeliharaan industri dan produk Malaysia untuk bersaing dengan adil di peringkat antarabangsa juga merupakan kepentingan strategik negara yang perlu diperkukuh.
May be an image of 3 people, people sitting, headscarf and indoor
May be an image of 4 people, people sitting, people standing and headscarf

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut