KASTAM RAMPAS BARANGAN ELEKTRIK ‘LARI CUKAI’

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup masuk peralatan elektik dan barangan memasak import bernilai RM109,864.80 awal tahun ini.

Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Muhammad Hafiz Ishak berkata, kontena membawa barangan tersebut ditahan di Terminal 1 Pelabuhan Utara selepas disyaki membawa dagangan yang memerlukan sijil kelulusan pengimportan (AP).

“Hasil pemeriksaan mendapati, sebanyak 800 unit peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM108,964.80 yang dibawa masuk tidak mempunyai AP daripada Suruhanjaya Tenaga.

“Sebanyak 72 unit barangan memasak bernilai RM900 pula tidak diikrar dalam borang pengimportan,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, cukai barangan elektrik berkenaan dianggarkan RM34,868.74 manakala cukai barangan memasak ialah RM238.50 dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM144,997.07.

Ujarnya, modus operandi digunakan ialah membawa masuk barang import tanpa AP dan dijual di pasaran.

“Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(e) Akta 1967 dan Akta Cukai Jualan 2018,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut