Tiga beradik angkut syabu RM5.4 juta ditahan

 

Taktik ‘gila’ tiga beradik lelaki membawa syabu seberat 150 kilogram bernilai RM5.4 juta menggunakan lori perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas dicekup polis dalam serbuan di Kampung Tengah, Kuala Krai.

Lori jenis Mitsubishi tersebut ditahan pada jam 7.50 pagi selepas anggota polis mengekori mereka dari Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan, tiga beradik berusia 24 hingga 45 tahun yang ditahan itu dipercayai bertindak sebagai penghantar dengan mengambil upah membawa dadah tersebut ke Lembah Klang.

Siasatan lanjut turut menemui satu botol dan tujuh bungkusan plastik mengandungi cecair disyaki air ketum. Dua dari tiga beradik itu masing-masing mempunyai satu rekod lampau iaitu Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 18 (5) Akta Penapisan Filem 2022.

Pihak PDRM turut menahan sebuah kenderaan jenis Honda City di Kampung Kenor, di sini yang dipercayai merupakan pengiring kepada lori terbabit. Hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah milik keluarga dan ia bukan kali pertama dilakukan kerana jumlah yang dibawa terlalu besar.

Malah suspek juga tahu selok-belok kemasukan dadah yang diseludup dari negara jiran melalui sempadan negara.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …