PULAU PERANGINAN TERENGGANU BAKAL BEROPERASI PADA BULAN MAC

Pulau peranginan Terengganu yang ditutup selama empat bulan sejak November tahun lalu berikutan musim tengkujuh akan beroperasi semula pada 1 Mac depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman, pelancong dibenarkan kembali berkunjung ke pulau-pulau peranginan seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas mulai Rabu minggu depan.

Oleh itu, semua hotel, resort dan chalet yang beroperasi, kini dalam persediaan akhir untuk menerima semula ketibaan pengunjung setelah penutupan semua penginapan berikutan faktor monsun Timur Laut dan keselamatan pengunjung.

 

SUMBER: KOSMO

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut