PROGRAM KOMUNITI RAHMAH MALAYSIA MADANI MKN SABAH BERSAMA JPNIN KE KG. KIBBAS DAN KG. BITOON, RANAU

Ranau, Sabah : 19 Februari 2023 MKN sentiasa komited dalam mempromosikan Dasar Keselamatan Negara dan atas sebab itu, MKN telah berkolaborasi bersama JPNIN dalam satu program menyantuni anggota masyarakat melalui Program Komuniti Rahmah di dua buah kampung di daerah Ranau.

Lokasi pertama ialah Kampung Kibbas seterusnya Kampung Bitoon. Acara termasuk sukan rakyat, penyerahan bakul makanan, paip graviti dan sesi dialog antara penganjur dan hadirin dijayakan oleh RT kedua dua kampung tersebut.

Impak dari program ini adalah pihak agensi dan pelaksana cakna akan masalah dan isu lapangan yang diutarakan oleh penduduk kampung dan kami akan memikul tanggungjawab untuk menjadi perantara kepada pihak berwajib.

Antara masalah yang menjadi keresahan mereka adalah isu PATI dan infra yang perlu ditangani segera.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai latar belakang, ibu tunggal, sakit kronik, warga emas dan terjejas akibat banjir.

Sepanjang program ziarah, MKN dapat melihat sendiri kawasan terjejas banjir dan infra infra yang perlu dibina dan ditambah baik.

Program ini membuktikan bahawa perpaduan dan keselamatan adalah dua aspek penting dalam agenda Malaysia Madani.

Terima kasih kepada semua RT dan JPNIN khususnya.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut