JABATAN PERIKANAN MENASIHATI PENDUDUK LABUAN SUPAYA MENGELAK DARIPADA MEMAKAN KERANG-KERANGAN DARI TANAH BESAR SABAH

Jabatan Perikanan menasihati penduduk Labuan supaya mengelak daripada memakan kerang-kerangan dari tanah besar Sabah berkuat kuasa serta-merta.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan En. Faizal Ibrahim Suhaili berkata langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sabah.
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Ekslusif di LABUANfm.
Jelasnya fenomena itu boleh bertahan sehingga beberapa minggu dan boleh berubah setiap hari bergantung kepada faktor angin dan arus air.
Pihaknya secara teliti akan memantau kemasukan kerang-kerangan dari negeri itu melalui terminal feri bagi mengelak kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP).
PSP boleh mengancam nyawa dan sering terjadi dalam masa dua jam pengambilan dan gejala termasuk kesemutan, terbakar, kebas, mengantuk dan lumpuh pernafasan.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut