Pengarah MKN Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (KKJKKN) yang bertempat di Bilik Mesyuarat, MKN Kedah, hari ini.
Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini membincangkan mengenai situasi keselamatan semasa negeri Kedah. Antara ahli mesyuarat yang hadir ialah Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Brig. Jen. Dato’ Mohd Akib Haji Yussof, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Kedah, SAC Alzafny Ahmad dan Ketua Cawangan Khas IPK Kedah, SAC Dato’ Yusni Mohd Jamil.

