MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/2023

Pada 15 Februari 2023 telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2023 bertempat di Dewan KVH, Markas 6 Briged Infantri, Kem Sungai Layar, Kedah. Mesyuarat JPGN yang bermula pada pukul 9 pagi dan dipengerusikan bersama oleh YBhg. Panglima 6 Briged, Brig. Jen. Dato’ Mohd Akib bin Hj Yusof dan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, YDH. CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain berjalan dengan penuh mahabbah dan keakraban diantara ahli-ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat JPGN adalah sebagai salah satu platform dalam membincangkan dan mencari penyelesaian bagi perkara-perkara yang berbangkit berkaitan keselamatan dalam memastikan Negeri Pulau Pinang terus selamat, aman dan tenteram untuk rakyat serta mendokong aspirasi YAB Perdana Menteri Malaysia dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Komander Pangkalan Udara Butterworth, YBhg. Brig. Jen. Khairol Muzambi bin Salehin, Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Hamisan bin Kalip, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara, YBrs. Tuan Mohd Hafiz bin Abdul Majid, serta Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil Agensi Persekutuan di Negeri Pulau Pinang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang selaku sekretariat Mesyuarat JPGN amat berbesar hati dan berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan diantara MKN Negeri Pulau Pinang dan Markas Briged Keenam Infantri Malaysia dalam bersama-sama memastikan perjalanan sepanjang Mesyuarat JPGN Bil.1/2023 berjalan dengan lancar dan sempurna.

FB Post

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …