MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) NEGERI PULAU PINANG BIL. 1/2023

Pada 15 Februari 2023 telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2023 bertempat di Dewan KVH, Markas 6 Briged Infantri, Kem Sungai Layar, Kedah. Mesyuarat JPGN yang bermula pada pukul 9 pagi dan dipengerusikan bersama oleh YBhg. Panglima 6 Briged, Brig. Jen. Dato’ Mohd Akib bin Hj Yusof dan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, YDH. CP Datoโ€™ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain berjalan dengan penuh mahabbah dan keakraban diantara ahli-ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat JPGN adalah sebagai salah satu platform dalam membincangkan dan mencari penyelesaian bagi perkara-perkara yang berbangkit berkaitan keselamatan dalam memastikan Negeri Pulau Pinang terus selamat, aman dan tenteram untuk rakyat serta mendokong aspirasi YAB Perdana Menteri Malaysia dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Komander Pangkalan Udara Butterworth, YBhg. Brig. Jen. Khairol Muzambi bin Salehin, Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Hamisan bin Kalip, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara, YBrs. Tuan Mohd Hafiz bin Abdul Majid, serta Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil Agensi Persekutuan di Negeri Pulau Pinang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang selaku sekretariat Mesyuarat JPGN amat berbesar hati dan berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan diantara MKN Negeri Pulau Pinang dan Markas Briged Keenam Infantri Malaysia dalam bersama-sama memastikan perjalanan sepanjang Mesyuarat JPGN Bil.1/2023 berjalan dengan lancar danย sempurna.

FB Post

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut