POLIS NEGERI SEMBILAN LANCAR PROGRAM CEGAH JENAYAH KOMERSIL SECARA BERSEMUKA DALAM KERETA API

JEMPOL: Polis Negeri Sembilan buat julung kalinya melancarkan program cegah jenayah komersil secara bersemuka dalam kereta api.

Selain mengedarkan risalah mengenai trend jenayah komersil yang kerap berlaku, penumpang kereta api juga diberi penerangan bagaimana untuk mengelakkan diri tidak menjadi mangsa penipuan akibat perbuatan scammer.

Program dianjurkan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dan KTMB membabitkan dua anggota serta tiga pegawai polis dan dua anggota polis bantuan KTMB.

Pegawai Perancangan Strategik JSJK IPK Negeri Sembilan, Inspektor Muhammad Ruzaimi Rosmin berkata program itu adalah satu daripada pendekatan pihaknya dalam memberi maklumat berkaitan jenayah komersil kepada orang ramai secara bersemuka.

“Program bersemuka seperti ini lebih efektif dalam memaklumkan kepada orang ramai mengenai jenayah ini yang mengakibatkan kerugian besar kepada mereka dan seterusnya boleh memberi kesan kepada kehidupan selepas itu.

“Penumpang juga turut mengemukakan soalan kepada kita sepanjang perjalanan dan kita berbesar hati menjawab soalan yang ditanya,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan dalam perjalanan dari Gemas ke Kemayan.

Muhammad Ruzaimi berkata, scammer menjalankan pelbagai modus operandi bagi menipu mangsanya antaranya tipu parcel, belian atas talian, tipu pelaburan, tipu pekerjaan, penipuan pakej haji atau umrah dan pinjaman tidak wujud.

Katanya, kes penipuan bomoh, tilik nasib dan nombor ramalan juga antara yang pernah dilaporkan membuktikan orang ramai sangat mudah menjadi mangsa penipuan.

“Kita turut mempromosi halaman JSJK IPK Negeri Sembilan bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan info berkaitan penipuan jenayah komersil.

Sementara itu, Muhammad Ruzaimi berkata, pada program itu juga pihaknya turut memberi penerangan kepada orang ramai mengenai talian 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Katanya, talian itu diwujudkan bagi membantu mangsa menyekat semula pengeluaran wang daripada akaun bank ke akaun pihak ketiga.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Ruzaimi berkata orang ramai diminta tidak menyerahkan kad ATM kepada pihak ketiga kerana pemilik kad bakal berdepan siasatan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan kebiasaannya mereka dijadikan keldai akaun oleh scammer.

sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut