PILAH PUN ADA MENU RAHMAH, TIGA PILIHAN LAUK

KUALA PILAH – Pengusaha Kedai Makan MokDe di Beting di sini menawarkan tiga Menu Rahmah kepada pelanggan.

Ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit dan ikan goreng kunyit yang dihidangkan bersama sambal belacan, kuah kari dan air kordial merupakan menu yang ditawarkan dengan harga RM5.

Pengusahanya, Syaiful Hilal Hazad, 38, berkata, menu berkenaan tersedia kepada pelanggan bermula jam 11 pagi hingga jam 4 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, manakala sarapan pagi bermula jam 7 pagi.

“Selain menyahut seruan kerajaan, penjualan Menu Rahmah di sini antara lainnya merupakan tanggungjawab sosial (CSR) kami kepada pelanggan yang kurang berkemampuan.

“Tambahan pula pelanggan kami terdiri daripada pelbagai latar belakang dengan lokasi kedai berhampiran kawasan perindustri dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kuala Pilah serta petempatan penduduk kampung yang memberi pilihan kepada mereka menikmati menu yang enak dengan harga ‘Rahmah’,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, isterinya, Mumtaz Ahmad, 38 berkata,sebelum Menu Rahmah diperkenalkan kerajaan, mereka memilih untuk menjual nasi bajet, bagaimanapun ia bertukar kepada Menu Rahmah dengan tiga jenis pilihan lauk.

“Insya-ALLAH kita akan mempelbagaikan lagi menu itu dalam masa terdekat sebab sambutan pun sangat baik walaupun ada sesetengah pihak mendakwa menu ini tidak akan bertahan lama kerana kenaikan harga bahan mentah dalam pasaran dan tiada untung.

“Pada pendapat saya, jualan menu ini masih ada keuntungan walaupun sedikit. Selain Menu Rahmah juga mereka ada pilihan lauk-pauk lain yang turut dijual di sini antaranya cencaru bakar, siput sedut dan paru berlado serta lebih kurang 10 manisan dan kuih muih,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan Sinar Harian mendapati selain Kedai MokDe, Wana Bakery di Jalan Pasar Kuala Pilah turut menawarkan menu tersebut.

Orang ramai juga boleh mendapatkan Menu Rahmah Sambal Makk pada harga RM4.50 di sebuah gerai di Pusat Penjaja Pilah Perdana yang juga menyediakan pelbagai lauk-pauk.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan sama ramai berpendapat Menu Rahmah sama seperti nasi bajet dan mereka bersetuju sekiranya menu dipelbagaikan supaya rakyat dapat merasa pelbagai jenis lauk dengan harga bajet.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut