LATIHAN KEPAKARAN KECEKAPAN PENGENDALIAN MOTOSIKAL PENGUATKUASA 8 KOMP KPTD

 

KOTA BHARU, 14 Feb 23: Pasukan 8 Komp KPTD telah melaksanakan Latihan Pengendalian 2 buah Motosikal Penguatkuasa Model BMW R1250RT bertempat di hadapan PERNAMA Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Seramai 6 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Sjn Mohd Noor bin Mat Salleh, Penolong Ketua Cawangan Gerak pasukan terlibat dalam Latihan Pengendalian Kecekapan Motosikal Penguatkuasa.
Tujuan latihan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan anggota semasa melaksanakan tugas pengiring bermotosikal disamping melatih anggota agar lebih peka dan prihatin akan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melaksanakan tugas pengiring.
Sebelum melaksanakan latihan, anggota telah diberi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Penolong Ketua Cawangan Gerak pasukan. Anggota juga diberi pendedahan latihan teknik dan prosedur mengawal motosikal berkuasa tinggi dengan tatacara yang betul.
Perlaksanaan latihan ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke – 28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut