HADIAH RM 5,000 MENANTI PEMENANG UTAMA CIPTA LOGO TAHUN MELAWAT MELAKA 2024

AYER KEROH – Pertandingan Mencipta Logo Tahun Melawat Melaka 2024 menawarkan wang tunai berjumlah RM5,000 bagi pemenang utama.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa’ari Basiron berkata penyertaan bagi pertandingan itu adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

“Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan mereka, ciptaan logo yang dihnatar mestilah asli, tidak ditiru atau diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara.

“Semua reka bentuk dihantar menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan tidak boleh dituntut peserta, kita berhak ke atas logo terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai untuk digunakan, dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara rasmi Kerajaan Negeri.

“Pemenang utama pertandingan akan dipilih menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan semua penyertaan akan menerima sijil penghargaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Katanya pengumuman pemenang utama akan dimaklumkan menerusi telefon atau emel.

“Tarikh tutup penyertaan pada jam 12 tengah, 20 Februari ini dan peserta perlu emelkan penyertaan rekaan logo ke tourismmelaka2@gmail.com beserta nama penuh, kad pengenalan, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

“Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua warna dan tidak melebih lima warna, logo direka tidak boleh menyentuh elemen atau sensitiviti yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

“Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketika dan penyertaan akan terbatal sekiranya hasil karya tidak asli atau ciplak,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut