DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL
(Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)
COMBI SPT telah membuka booth pameran dan penyampaian taklimat Denggi pada 9 Februari 2023 (Khamis) di AEON Seberang Jaya, SPT. Seramai lebih kurang 2,500 orang ibubapa dan kanak-kanak telah hadir ke program ini.

Dalam program tersebut, ibubapa telah dinasihatkan supaya mengamalkan pembersihan kendiri cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di rumah masing-masing. Bagaikan melentur buluh dari rebung, ibubapa disarankan untuk mendidik anak-anak mereka berkenaan pembersihan dan kesihatan dari awal usia lagi.

COMBI (Communication for Behavioural Impact) Negeri Pulau Pinang diwujudkan sebagai medium penyampai kepada komuniti menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.
“HAPUS AEDES CEGAH DENGGI”
Sumber: