PEMILIK PERLU BERTANGGUNGJAWAB, AMBIL TAHU KEADAAN TANAH MASING-MASING

SEREMBAN: Pemilik tanah persendirian di negeri ini diingatkan untuk sentiasa mengambil tahu dan bertanggungjawab tentang apa yang berlaku di kawasan tanah masing-masing.

Ia bagi mengelakkan berlakunya perkara seperti pembinaan penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia di Nilai Spring, Nilai di sini pada 1 Februari lalu.

“Apa juga yang berlaku di tanah milik kita, kita perlu bertanggungjawab, atas apa yg berlaku di tanah milik kita, tidak boleh biarkan tanah kita digunakan oleh orang lain dengan alasan tidak tahu.

“Saya difahamkan tanah milik tersebut mahu dibangunkan, sepatutnya mereka (pemilik) tahu apa yang berlaku di atas tanah tersebut, saya harap ia tidak berulang lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penempatan haram pendatang asing tanpa izin warga Indonesia yang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan di Nilai baru-baru ini dibina atas tanah milik persendirian dan pemiliknya kemungkinan tidak menyedari perkara itu.

Dalam operasi pukul 1.30 pagi itu, seramai 68 orang warganegara Indonesia telah diperiksa dan seramai 67 orang berumur di antara dua bulan hingga 72 tahun telah ditahan.

Mereka terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 orang kanak-kanak perempuan.

Antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan berkenaan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, di sini untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Aminuddin dalam perkembangan lain berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Sekarang masih dalam siasatan, jika betul, ambil tindakanlah jika tidak, maklum kepada masyarakat bahawa apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan wang zakat di Negeri Sembilan.

Sumber-UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut