WALKABOUT: PROGRAM COMMUNITY POLICING PDRM PULAU PINANG SEMPENA SAMBUTAN THAIPUSAM 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 3: Kesepaduan Nasional (Perpaduan Masyarakat)

Program Community Policing PDRM Pulau Pinang Sempena Sambutan Thaipusam 2023 telah diadakan di Waterfall Jalan Kebun Bunga yang disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang pada 5 Februari 2023 (Ahad).

Program yang bertujuan menunjukkan kehadiran polis kepada penganut agama hindu dan juga pengunjung, serta memberi keyakinan dan persepsi positif masyarakat kepada polis disamping membuat pemantauan pencegahan jenayah. Ini memudahkan orang awam memberi maklumat dan berinteraksi sesuai dengan motto PDRM “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang diberikan pihak polis yang bertugas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Turut hadir YDH DCP Dato’ Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, YDH SAC Winston Tan Thye Wah, Ketua Cawangan Khas, YDH SAC Rahimi bin Ra’ais, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, YDH SAC Puspanathan a/l Wiresingam, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, YDH ACP Soffian bin Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut