SUNGAI PETANI, 07 Febuari 2023 – Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin, Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato’ Mohd Roze bin Shaari turun untuk memastikan keselamatan pengunjung berada pada tahap tertinggi serta memantau keadaan penugasan pihak polis Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Daerah Kuala Muda, tengah pagi tadi.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang upacara keagamaan itu berlangsung.
Turut hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP Mohd Taufik bin Maidin, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah, ACP Ramia A/L Kanapathi, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy bin Che Hassan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Supt. Mohd Mahiri bin Hussin, dan Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kedah, Supt. Abdul Hakim bin Musa serta pegawai-pegawai kanan kontinjen Kedah
