MALAYSIA MADANI: KERAJAAN AKAN PERGIAT USAHA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Kerajaan akan mempergiat usaha mempupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang,

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, usaha tersebut selaras dengan konsep Malaysia Madani seperti yang diaspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan akan perhebatkan usaha dan program untuk memupuk semangat kesatuan, perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia katanya pada majlis Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pusat Belia Antarabangsa di sini pada Ahad lalu.

Jamuan yang diadakan sempena sambutan Chap Goh Mei itu merupakan program menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsaΒ  dan merupakan bukti manifestasi konsep Malaysia Madani.

Terdahulu, lebih 500 tetamu yang terdiri daripada 200 keluarga komuniti Cina termasuk 100 orang mualaf menghadiri program yang bertujuan mendekatkan Yadim dengan masyarakat khususnya daripada komuniti berkenaan.

Selain jamuan makan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan buku serta pameran.

Sempena program itu, Yadim turut mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan untuk penduduk sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.

Sumber:

Bernama

Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

β€œπ—”π—‘π——π—” 𝗦𝗧π—₯π—˜π—¦π—¦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut