KESUKARAN MENABUNG: FAKTOR GAJI RENDAH DAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

Rakyat Malayssia dilihat semakin sukar untuk menyimpan wang secara konsisten berikutan gaji tidak mencukupi akibat kos sara hidup yang tinggi dan terus meningkat. Pakar sikap kepenggunaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Laily Paim, berkata keadaan kewangan pengguna menjadi bertambah buruk apabila tahap literasi kewangan mereka rendah. Dalam situasi gaji yang rendah, literasi kewangan penting bagi membantu pengguna berbelanja secara tepat, sekali gus dapat menggunakan sepenuhnya pendapatan yang ada untuk memenuhi keperluan hidup.

Satu kajian sebelum ini telah dijalankan yang membabitkan 3,000 responden itu antara lain mendapati 69 peratus daripadanya lebih suka berbelanja berbanding menyimpan, menyebabkan mereka tiada simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan. Selain itu, 47 peratus responden mengakui sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000 dan hanya 20 peratus mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh tiga bulan atau lebih, jika hilang pendapatan.

Isu rakyat kurang menyimpan bukan sahaja disebabkan faktor pandemik semata-mata, sebaliknya kos sara hidup jelas menjadi faktor utama menyukarkan pengguna untuk membuat tabungan. Bagaimanapun, tindakan memaksa majikan menaikkan gaji sukar dilaksanakan, khususnya ketika ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan, selain faktor luar kawalan seperti perang di Ukraine.

Sehubungan itu, pengguna sendiri kena ubah cara hidup, tidak boleh lagi berbelanja terlalu mewah dan amal konsep kesederhanaan. Faktor gaji tinggi atau rendah tak bermakna kita langsung tidak boleh menyimpan. Pada masa sama, Prof Mohamad Fazli menasihatkan pengguna berusaha mengurangkan perbelanjaan kurang perlu dan memberi keutamaan pada perkara penting seperti pendidikan anak-anak, keperluan kesihatan dan seumpamanya.

#KeutuhanEkonomi

sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut