TERMINAL BAS EKSPRES SUNGAI NIBONG BAKAL DINAIKTARAF

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti)

YB Puan Zabidah Binti Safar, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah meninjau kawasan Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong pada 27 Januari 2023 (Jumaat) bagi membincangkan potensi kolaborasi dan kebolehupayaan menaiktaraf prasarana.

Terminal Bas Ekspres Pulau Pinang merupakan antara mod pilihan popular warga Pulau Pinang dan para pelancong untuk menuju ke destinasi seluruh Semenanjung Malaysia. Setiap hari, dianggarkan hampir 1,000 orang pengguna mendapatkan perkhidmatan bas ekspres di terminal ini dan bilangan tersebut menjangkau tiga (3) kali ganda pada musim perayaan.

Kemudahan prasarana akan dipertingkatkan yang mesra orang kelainan upaya dan warga emas seperti tangga eskalator, kafeteria popular, sistem pembelian tiket secara atas talian melalui aplikasi Pearl Penang One Touch dan sebagainya. Kemudahan tempat letak kenderaan (kereta, motosikal dan basikal) akan diperluaskan bagi menampung bilangan pengguna terutama pada musim perayaan.

 

Sumber:

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut