RM1.21 JUTA DIBELANJAKAN BAGI PROGRAM DAPUR HIJAU

 

KOTA DARULNAIM – Bermula tahun 2015 sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1.21 juta yang melibatkan 17,280 penerima kit Dapur Hijau yang berupa lima jenis biji benih, anak pokok, baja organik, polybag, larutan Bio Hijja dan larutan Bio Fruit.
Program Dapur Hijau adalah kerjasama di antara Portfolio Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Hijau, Industri Asas Tani dan Alam Sekitar dengan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dengan sasaran utamanya adalah membantu golongan Armalah (ibu tunggal) dan golongan berpendapatan rendah.
Selain memberi pendedahan dengan pelbagai kaedah penanaman secara organik, objektif utama program tersebut ialah menggalakkan suri rumah supaya menanam sendiri sayuran yang dimakan dan ini akan mengurangkan perbelanjaan dapur mereka sebagaimana amalan yang dipraktikkan oleh negara maju seperti Jepun dan Rusia.
Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, perbelanjaan bagi tahun 2022 sehingga Oktober sahaja telah membabitkan 2,860 peserta dengan perbelanjaan sebanyak RM176,500.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut