๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐——๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”


SETIU, 29 JANUARI 2023


Kejohanan Kuda Lasak Piala Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di Lembah Bidong, SETIU dari 27 – 29 Januari 2023 dengan dimulakan acara pelepasan pertama ‘Flag Off’ Kategori VIP/Open 15KM yang telah disempurnakan oleh Yang Dihormati DIG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Terengganu.

Pelepasan โ€œFlag Offโ€ Kategori 40KM melibatkan 90 Rider disempurnakan oleh Yang Dihormati Ketua Polis Terengganu, DCP Datoโ€™ Rohaimi Md Isa pada jam 5.00 petang. Dan pada jam 5.30 petang pelepasan bagi Kategori CEN 100KM melibatkan 29 Rider disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Yang Dihormati IG Tan Sri Dato Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan pelepasan โ€œFlag Offโ€ bagi Kategori CEN 80KM disempurnakan โ€œFlag Offโ€ pada jam 5.45 petang melibatkan seramai 26 peserta.
Kejohanan yang julung kali diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini telah memperlihatkan pembabitan beberapa pasukan dari dalam Negara yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah juga turut serta mencemar duli menyertai Kejohanan kali ini di dalam Kategori CEN 100KM. Kejohanan ini bermula dari 28 hingga 29 Januari 2023 dan terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu CEN 100KM, CEN 80KM, CEN 40KM, serta VIP/Open 15KM melibatkan keseluruhan 172 Rider dari pelbagai pasukan bertanding.
sumber : Polis Daerah Setiu, Media MBTerengganu

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut