Dasar Keselamatan Negara 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Pemantauan Price Watch Harian bagi 186 jenis barang keperluan yang meliputi premis pasar basah, supermarket, hypermarket dan pemeriksaan penentuan harga maksimum ayam, telur ayam dan minyak masak sawit tulen botol yang dikuatkuasakan di bawah akta kementerian telah dilaksanakan oleh KPDN Timur Laut pada 27 Januari 2023. Pemeriksaan dilakukan oleh dua (2) orang pegawai terhadap tiga (3) premis perniagaan. Premis yang terlibat adalah Pasar Kecil Bayan Lepas, Hypermarket Giant Bayan Baru Dan Supermarket Jusco Queensbay.
Sementara itu, seramai lima (5) Pegawai Penguat Kuasa KPDN Timur Laut melakukan pemeriksaan ke atas (Repackers), Ops Menu & Ops Anti Sorok, Naziran , Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam,Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian. Pemeriksaan melibatkan enam (6) buah premis perniagaan di kawasan sekitar daerah Timur Laut.
Sumber :