TANAH MERAH 23 Jan : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2023 serta Pemeriksaan di lokasi-lokasi tumpuan awam keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala.
Objektif tindakan pemeriksaan dan pemantauan secara terperinci dan bersasar ke atas bekalan barang-barang yang menjadi tumpuan serta pematuhan SHMMP TBC 2023.
Disamping itu supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga, barang kawalan yang menepati harga yang ditetapkan oleh Kerajaan dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah serta peniaga menggunakan alat timbang yang telah ditentusahkan.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-



