TABUNG SERAMBI MEKAH PERUNTUKKAN RM72.2 JUTA

 

KOTA DARULNAIM – Bermula tahun 1991 sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri melalui Tabung Serambi Mekah telah memperuntukkan RM72.2 juta bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang ditimpa pelbagai musibah yang berlaku di seluruh negeri Kelantan.
Menurut sumber daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, bagi tahun 2022 sahaja, bayaran yang direkod sehingga September ialah RM855,461 yang membabitkan bantuan kepada 105 kes kebakaran, 512 kes ribut, 40 kes rawatan perubatan dan lain-lain kes sebanyak 480.
Kerajaan Negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sentiasa komited membantu individu dan masyarakat khususnya golongan miskin, daif, ditimpa malapetaka, bencana alam dan menghidapi penyakit-penyakit kronik.
Selain itu, Tabung Serambi Mekah juga bermatlamat menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut