KPDN KELANTAN RAMPAS 300 LITER MINYAK PETROL DISYAKI UNTUK DISELEWENG

 

TUMPAT 19 Jan : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan berjaya merampas kira-kira 300 liter minyak petrol yang bersama tanpa kebenaran sah dalam sebuah kereta di tepi hadapan sebuah rumah di Kg. Tujuh, Tumpat, Kelantan di sini pada malam semalam.
Pemeriksaan ke atas kereta tersebut oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan kerjasama bersepadu Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan melalui Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan kira-kira jam 12.30 pagi malam semalam.
Terdahulu pasukan mengesan pergerakan sebuah kenderaan di hadapan rumah dalam keadaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui muatan minyak petrol sebanyak 300 liter dan pasukan membuat sitaan terhadap barang kawalan tersebut dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 615.00.
Turut disita sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang telah diubah suai tangki kenderaan tersebut dan berpendaftaran tempatan dengan nilai rampasan sebanyak RM 7,000.00 seterusnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut