RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN MELAWAT MASJID SRI SENDAYAN

SEREMBAN: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hari ini berangkat ke Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan di sini.

Seri Paduka tiba di masjid berkenaan pada pukul 6.30 petang tadi dengan diiringi anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Afzan Aminah Hafidzatullah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd. Rashid Hussain yang juga individu yang mewakafkan masjid tersebut bersama isteri, Puan Sri Hani Yang Mohd. Yatim.

Baginda seterusnya menunaikan solat sunat dan kemudian berkenan melawat sekitar masjid yang berkeluasan 4.5 hektar itu.

Baginda kemudian berkenan menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sri Sendayan, Ustaz Mohd. Nazri Abu Zarim dan solat isyak yang diimamkan oleh Imam 3 Masjid Sri Sendayan, Sheikh Mohamed Abdelnaby.

Seri Paduka kemudiannya turut beramah mesra dengan jemaah yang hadir dengan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda.

Baginda kemudian berangkat ke majlis santapan di masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Masjid Sri Sendayan menjadi antara tarikan orang ramai kerana keindahan seni binanya. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, Masjid Sri Sendayan mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.

Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Seremban itu, diwakafkan oleh Abd Rashid dan dibina dengan kos lebih RM100 juta itu.

Sumber –UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …