Penolong Pengarah Keselamatan Daerah (PPKD) Sik, Puan Raihan Mokti telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Daerah Sik, Tuan Muhammad Suhaimi Man dan juga Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman, hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Puan Raihan memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai isu keselamatan semasa di daerah Sik dan juga penglibatan serta peranan Pegawai Daerah dalam arahan-arahan MKN.
Foto: DSP Abdull Razak menerima cenderamata dari Puan Raihan.