Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, hari ini.
Mesyuarat yang diurusetiakan oleh MKN Kedah itu merupakan mesyuarat JKKD yang pertama dilaksanakan bagi tahun ini. Perkara yang dibincangkan sepanjang mesyuarat bersidang adalah mengenai isu keselamatan semasa dan juga kawalan keselamatan antarabangsa.
Turut hadir dalam mesyuarat ini Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, YDH Supt. Rodzi Abu Hassan, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Encik Faizal Azli.
