EMPAT DAERAH DI TERENGGANU BERISIKO KEMBALI BANJIR


KUALA TERENGGANU, 14 DISEMBER 2022


Penduduk di empat daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman perlu mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kemungkinan kembali berdepan gelombang banjir yang dijangka berlaku malam Rabu.

Berdasarkan notis amaran banjir dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu pada Rabu, bencana banjir mungkin melanda beberapa kawasan di lembangan Sungai Besut (Sungai Besut dan Sungai Keruing Ibu) iaitu di Jambatan Keruak, Kampung Bekok, Kampung Cegar Kubur, Kampung Cawangan dan kawasan sekitarnya bermula jam 9 malam ini. Turut dijangka mengalami banjir ialah kawasan lembangan Sungai Dungun (Kampung Dendang, Kampung Tepus, Kampung Minda, Kampung Surau, Kuala Jengal dan kawasan sekitar) serta lembangan Sungai Paka (Kampung Luit dan kawasan sekitar).

Menurut notis itu, gelombang banjir juga mungkin melanda di Hulu Terengganu, Dungun dan Besut pada awal pagi iaitu jam 1 pagi pada Khamis. Antara kawasan dijangka terlibat ialah kawasan berdekatan lembangan Sungai Terengganu iaitu Sungai Berang di Hulu Terengganu melibatkan Kampung Menerong dan kawasan sekitar, Sungai Dungun (Kampung Minda dan kawasan sekitar); Sungai Besut melibatkan Kampung La, Rumah Pam Pelangat dan kawasan sekitar, Kampung Nangka, Kampung Paya, Kampung Pinang, Kampung Parit, Kampung Lama, Kampung Pintu Gajah, Kampung Lampu, Kampung Baru dan kawasan sekitar.

Tambah notis itu, beberapa kawasan di lembangan Sungai Kemaman dan Sungai Dungun dijangka dilanda banjir jam 5 petang pada Khamis.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut