KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENSASARKAN PELABURAN SEBANYAK RM5 BILION PADA TAHUN 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mensasarkan untuk menerima pelaburan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2023 meskipun momentum prestasi pelaburan negeri pada tahun 2021 menjangkaui prestasi terdahulu yang sangat ketara iaitu RM76.2 bilion berbanding RM14.1 bilion pada tahun 2020.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, prestasi pelaburan amat bergantung kepada pusingan industri dan beberapa faktor termasuk pemberian insentif untuk pemain industri yang layak. Rantaian bekalan yang banyak akan mempengaruhi permintaan terhadap pergudangan di negeri yang mana Pulau Pinang memiliki rantaian bekalan kukuh ditambah dengan ekosistem industri kompetitif dan sihat. Perancangan untuk menambah jumlah gudang di Pulau Pinang turut dilaksanakan dan kini dalam proses pelantikan jururunding bagi cadangan pembangunan gudang di kawasan Batu Maung.

Y.A.B. Ketua Menteri memaklumkan ketika menerima kunjungan hormat Pengarah Kastam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang iaitu YBhg. Tuan Hamisan bin Kalip ketika mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri di Komtar bersama rombongannya.

Sumber berita : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut