AKSB RANCANG TINGKATKAN PENGELUARAN AIR BERSIH

 

KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan meningkatkan pengeluaran air bersih daripada Loji Rawatan Air (LRA) Chicha supaya sampai ke kawasan hujung paip agihan semua penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, antara tindakan segera bagi mengatasi masalah khususnya di kawasan Kampung Parit, Pasir Tumboh adalah dengan menghantar air terawat melalui lori tangki kontrak ke kawasan yang terkesan.
Tambahnya, AKSB menempatkan dua buah tangki statik 1500 gelen dan 500 gelen di Kampung Parit manakala dua buah lori air kontrak ditugaskan mengisi tangki statik serta membuat penghantaran air terawat ke kawasan premis setiap hari secara percuma.
AKSB juga merancang untuk membeli lima lagi lori tangki bagi memenuhi kuota satu jajahan satu lori untuk menyediakan air bersih kepada rakyat yang mengalami tekanan air rendah,” katanya.
Beliau mengulas demikian bagi menjawab isu yang diutarakan penduduk berkenaan ganguan air bersih di Kampung Parit, sebelum menyerahkan bantuan AKSB kepada mangsa kebakaran di Madrasah Diniah Bakriah Pondok Pasir Tumboh, Ahad lalu.

Artikel/Berita Terkini

REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH

TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew …
Maklumat Lanjut

JANGAN TERPEDAYA DENGAN CERITA TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL

RASMI: Hajiji memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik rasminya majlis itu. TUARAN: Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan …
Maklumat Lanjut