Sepanggar, Sabah. Bertempat di Pusat Latihan RELA, MKN Sabah telah mengadakan satu program masyarakat dengan objektif untuk menyebarluaskan agenda keselamatan kepada golongan sasaran.
Dalam Program ini, 350 orang peserta melibatkan agensi keselamatan dan orang awam telah berpeluang mendengar dan berinteraksi secara dua hala dengan pakar-pakar keselamatan seperti PDRM dan MKN sendiri berkenaan peranan masyarakat dalam melengkapi tugas tugas pasukan keselamatan di dalam waktu krisis.
Bertepatan dengan intipati Dasar Keselamatan Negara, peranan komuniti wajar dikedepankan agar tanggungjawab menjaga keselamatan itu digalas bersama bukannya bergantung kepada pasukan keselamatan dan kerajaan semata-mata.
Selain fokus pada keselamatan, elemen silaturrahim tidak diabaikan. Program ini dimulakan dengan senamrobik melibatkan semua peserta seterusnya mempromosi gaya hidup sihat di kalangan komuniti. Badan dan mental yang sihat amat mustahak untuk kita berdepan dengan ancaman dan bencana pada masa akan datang.
Pengarah Keselamatan Negara sendiri turun padang untuk mendekati anggota masyarakat melalui program-program ini.
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama