SYABAS MAIWP!

MAIWP PERTAHAN SIJIL AUDIT BERSIH KALI KE-16 TAHUN INI

MAIWP terus merekodkan pencapaian penerima Sijil Audit Bersih bagi kali ke-16 pada tahun ini.Pengurusan kewangan yang cekap dan telus amat dititikberatkan oleh MAIWP. Sebagai sebuah agensi Islam yang menjaga amanah zakat, perkara ini menjadi asas penting bagi memastikan zakat diagihkan menepati dengan kehendak syara’ dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Oleh itu, bagi memastikan ianya terlaksana, pengurusan kewangan di MAIWP sentiasa dipantau oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan. Pada tahun ini, Jabatan Audit Negara (JAN) sekali lagi telah memberikan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran kepada Penyata Kewangan MAIWP.

Pencapaian ini merupakan pencapaian tahun ke-16 berturut-turut. Ia diberikan kepada MAIWP setelah MAIWP berjaya mempersembahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 mengikut piawaian perakaunan yang diterima umum, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang mencukupi.

Sesi penyampaian Sijil Audit Bersih ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Salwani binti Haji Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) kepada Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di IBU Pejabat MAIWP.

Hadir sama YBhg. Datuk Anwari bin Suri selaku Ahli MAIWP dan Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

 

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut