SEMINAR PENERBITAN AL-QURAN & RASM UTHMANI

SEREMBAN,- Buat julung kalinya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan sebuah seminar Penerbitan al-Quran dan Rasm Uthmani yang tealh berlangsung di Dewan Menara MAINS pada 10 November 2022 yang lalu.

Program yang telah dihadiri lebih 150 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta telah diisi dengan ceramah pertama iaitu ‘Inovasi Mushaf Madinah: Suatu Pengenalan’ disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Tashih al-Quran KDN, Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad manakala ceramah kedua bertajuk ‘Disiplin Ilmu Seni Khat’ telah disampaikan oleh Ahli Lajnah Tashih al-Quran KDN, Zulhazmi Zakaria.

Program telah dirasmikan Setiausaha MAINS, Zainal Said. Turut Hadir Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Negeri Sembilan, Mohamad Ridzuan Yusof.

sumber: Facebook MAINS

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut