Hari Peringatan Perang atau ‘Remembrance Day’ disambut di sini bagi memperingati anggota keselamatan negara-negara komanwel yang terkorban semasa Perang Dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata upacara ke-103 tahun itu diadakan sebagai simbolik penghormatan dan memperingati hampir 4,000 pejuang perang yang gugur dalam pertempuran atau penawanan di Borneo dan Labuan.
“Hari ini sambutan agak menggalakkan dan Alhamdulillah kita melihat juga daripada segi program yang datang tadi, memang menyatakan rasa puas hati dengan sambutan kita Insya-Allah pada tahun hadapan kita menjemput lagi datang,” kata Rithuan di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program yang berlangsung di Taman Peringatan Perang (WWII) bertempat di Jalan Tanjung Batu.
Tambahnya, program sedemikan bertindak sebagai serampang dua mata bagi memperkenal prospek pelancongan di sini.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN






