MAIWP LABUAN-Ziarah prihatin kepada nelayan yang hilang punca pendapatan telah dilaksanakan secara kolaborasi antara MAIWP dan LKIM. Ziarah yang diketuai oleh ustaz MD Fadzli Bin MD Saad selaku pengurus MAIWP Labuan bersama agensi LKIM WP Labuan adalah bertujuan untuk menyantuni nelayan yang hilang punca pendapatan melalui elaun Sara hidup nelayan kerana tidak dapat lagi turun ke laut.
Pada masa yang sama,semua nelayan yang disantuni juga merupakan penerima bantuan MAIWP sedia ada secara bulanan dan ada dalam kalangan nelayan ini juga akan dinaikkan bantuannya melihat kepada situasi yang di alaminya.
MAIWP akan cuba sedaya upaya mengurangkan beban nelayan-nelayan terjejas untuk menanggung kos Sara hidup mereka bersama keluarga.MAIWP turut memberikan bakul rezeki berjumlah RM300 setiap satu kepada 5 buah keluarga yang dilawati ini manakala LKIM turut menyampaikan bakul makanan kepada keluarga terjejas.Pihak MAIWP juga berharap dengan adanya ziarah prihatin nelayan terjejas ini dapat mengurangkan beban kepada mereka yang terlibat.
SUMBER : FACEBOOK MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (MAIWP)






