#PRU15: LARANGAN MENERBANGKAN DRON TANPA KELULUSAN

Larangan Pengunaan Dron Tanpa Kelulusan di Kawasan Tumpuan Ramai semasa Sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini termasuklah semasa tiga tarikh penting yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Hari Penamaan Calon pada 5 November 2022 (Sabtu), Hari Mengundi Awal pada 15 November 2022 (Selasa) dan Hari Pengundian pada 19 November 2022 (Sabtu) serta sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas Hari Penamaan Calon.

Suka diingatkan bahawa semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah :

  • Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3) ;
  • Peraturan 98, Peraturan 140-144;
  • Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016); dan
  • Civil Aviation Directives (CADs).

SUMBER: Civil Aviation Authority of Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …