PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSEMPENA CO2@CARBON CAPTURE PROGRAMME

Program Penanaman Pokok Bakau bersempena CO2@Carbon Capture Programme di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (SJTJ), Port Dickson telah diadakan pada 3 November 2022 dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad zahir bin Ismail, Ketua Bahagian Operasi Aset & Penyelenggaraan TNB Genco.

Program ini bertujuan menanam semula anak pokok Bakau di kawasan bersebelahan ‘sea water intake’ sebagai mekanisma memerangkap pelepasan karbon ke udara, di samping meningkatkan kesedaran kepada kakitangan SJTJ berkaitan kepentingan memulihara Hutan Paya Bakau.

Seramai lebih kurang 100 orang peserta terdiri dari kakitangan SJTJ, kakitangan TnB, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), Negeri Sembilan, pegawai BOMBA, pegawai MPPD, pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan pelajar USM.

Sebanyak 1,000 anak pokok Bakau yang terdiri dari spesies Bakau Minyak dan Bakau Kurap telah berjaya ditanam.

Sebanyak 30 pokok nadir iaitu spesies Asam gelugor, Jambu bol, Putat & Ceri Terengganu turut ditanam.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini

rpt

sumber: Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut