PELAN ANTIRASUAH POLIS DIRAJA MALAYSIA 2020-2024

Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2020-2024 merupakan satu dasar Pasukan yang menekankan tiga fokus utama iaitu; Governans, Integriti serta Rasuah dalam organisasi.

Ia juga menekankan tiga matlamat utama iaitu memperkasakan tadbir urus PDRM dalam pengurusan sumber manusia, risikan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, siasatan dan pendakwaan, ketenteraman awam serta pengurusan kewangan dan perolehan.

Selain itu, ia juga bertujuan memperkukuhkan lagi amalan integriti melalui pemerkasaan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti warga PDRM terhadap pematuhan kod etika, peraturan serta disiplin Pasukan. Manakala yang terakhir pula, ia bertujuan mengekalkan keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan kepada agama, bangsa serta negara.

Saksikan video Pelan Antirasuah PDRM 2020-2024 yang dihasilkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard sebagai inisiatif PDRM meningkatkan integriti dan seterusnya dapat membanteras rasuah di kalangan warga Pasukan.

 

SUMBER:Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut