KONSAINAN TANPA PERMIT SAH DI TAHAN MAQIS LABUAN

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Labuan telah menahan produk hasilan ikan ’Dried Seafood’ (Hokkaido Dried Scallops) dari negara Hong Kong yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan.
Konsainan tanpa permit import sah itu ditahan di Pintu Masuk Lapangan Terbang Labuan, Khamis lalu.
Pengarah MAQIS Labuan, En. Nazrul Azman Mat Rahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan kargo konsainan itu dan mendapati tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan MAQIS.
Secara keseluruhannya, produk hasilan ikan seberat 110.23 kilogram itu dianggarkan bernilai RM62,057.43
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut