SAMBUTAN HARI INTEGRITI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 2022

“PENJAWAT AWAM BERINTEGRITI, JABATAN BERKUALITI”

Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bagi Tahun 2022 ini memfokuskan kepentingan penjawat awam yang berintegriti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti di setiap Jabatan.

Program Sambutan Hari Integriti ini melibatkan penyampaian ceramah daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Jabatan Penjara Malaysia dan Konsultan daripada CJ Global Venture iaitu Tuan Mohd Firdaus Ramlan. Terdapat juga pameran serta khidmat konsultasi dari AKPK, Jabatan Penjara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).

Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sesi ceramah sepanjang program juga akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sijil penyertaan turut disediakan.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

Facebook SUK Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut